Thursday, 9 February 2012

Tanah Airku

1 ogos 1957
tercatat tarikh keramat sejarah tanah air
bebas dari belenggu penjajah
melewati rentetan sengsara yang panjang

5 dekat berlalu sudah
tanah airku mengatur langkah
menganyam kehidupan yang sopan dan bermaruah
membenteng dan mengatur strategi
dari tikaman mata yang cekal

tanah airku dari jendela waktu
telahku belai jiwa ragamu
telah ku genggam suara sepimu
telahku rasa degup resahmu
telahku pagar petak-petak derita dan jeram-jeram suram
telah aku kunyah madu dan jadam

5 dekat berlalu sudah
tanah airku belayar merentasi badai
dalam panas udara membakar
dalam ganas ombak menyambar
dalam cemas jantung berdebar

namun kedewasaan
mematangkan usia menampilkan tekad bangsa berdarjat
kekentalan merubah segala
menyingkir durja pertualang negara

31 ogos 1957
tarikh keramat sejarah tanah air
tidak ternilai oleh harga
tidak terucap oleh kalimah
tidak terbayar oleh keringat
tidak teruji oleh kudrat

esok, insyaallah
pusaka moyang ini kekal dalam pemeliharaan abadi
mencari identiti dan hak sendiri
dipangkuan pemimpin berwibawa sejati
meneraju untuk ribuan tahun lagi

Jalan

Jalan itu berliku-liku
tapi itulah jalan yang perlu kita lalui
hingga perlu sampai ke destinasi yang di tuju

ada jua jalan yang kurang berliku
namun rintangan nya begitu hebat sekali

Jalan
ada yang tahu jalan itu
ada jua yang kurang arif jalan itu
ada jua yang tak ambil peduli jalan itu
ada jua yang ingin mendalami selok belok jalan itu

Jalan
aneh-aneh jalan itu
tapi Dia amat tahu jalan itu
kerna jalan itu binaan Nya

Sunday, 5 February 2012

7 Cara Kempiskan Perut Buncit ....

1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

Saturday, 4 February 2012

Mana Mak?