Saturday, 27 October 2012

6 PESANAN UNTUK WANITA



1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan....

Tuesday, 23 October 2012

6 Larangan Ketika Hendak Tidur



1. Jangan memakai jam tangan ketika tidur.

Mungkin ada di antara korang yang terlupa untuk membuka jam tangan yang korang pakai sebelum tidur. Sebenarnya jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan anda.


*aku selalu terlupa tanggalkan jam...

2. Jangan tidur dengan handphone di sisi anda.

Para saintis percaya bahawa, jika kita meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur, ia akan mengeluarkan sejenis gelombang yang boleh membahayakan kesihatan anda. Walaupun ada yang berbuat demikian kerana untuk dijadikan sebagai alat penggera. Kalau boleh elakkan.


*yang ni unstoppable habit kot. memang aku letak phone kat tepi nak buat alarm. kalau takde, tak tau la...

3. Jangan tidur dengan muka yang bermekap.

Jika anda tidur dengan muka yang bermekap, ia sebenarnya mendatangkan kesan dalam kualiti tidur anda kerana, muka kita tidak rasa selesa dengan mekap yang belum lagi tertanggal. Selain daripada itu, ia juga menghalang kulit muka anda untuk bernafas dan mendapatkan pengaliran udara yang sepatutnya ketika tidur. Oleh itu, tanggalkan mekap sebelum tidur.

*rasanya aku tak penah pakai mekap semasa hayat aku. apa lagi time tido...

4. Jangan tidur dengan memakai coli.

Hal ini juga penting kerana pakar kesihatan di luar negara mengesahkan bahawa mana-mana wanita yang memakai coli ketika tidur berisiko tinggi untuk menghidap kanser payudara. Memakai coli lebih dari 12 jam juga tidak baik untuk kesihatan wanita.


5. Jangan tidur dengan memakai seluar dalam.

Ini untuk kaum lelaki khususnya. Pakailah seluar yang longgar dan tidak terlalu ketat semasa tidur.


*ermm...no komen about this...

6. Jangan tidur tanpa seurat benang.

Ia juga mengelakkan diri kita daripada tercedera ketika tidur bagi yang agresif cara tidurnya. Selain itu, ia juga sebagai persediaan untuk menghadapi kecemasan.


*agresif cara tidurnya? biarpun aku tido penuh ngan kesopanan pun aku still berbenangkan badan aku masa tidur...

p/s Jangan lupa sebelum tidur berwuduk, membaca doa tidur, agar tiada gangguan.

Monday, 22 October 2012

Orang Yang Pertama...

‎1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid
Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25… Orang yang pertama membuat perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat maya..baca dan hayatilah... kongsi dan sebarkanlah… semoga kita mendapat keberkatan dariNYA
bersama2... Insyallah

Friday, 19 October 2012

Sumayyah - Syahid Islam yang pertama

Kafilah dari Yaman itu sudah seharian berjalan merentasi padang pasir untuk ke Mekah. Banyak barang dagangan yang dibawa untuk urusan niaga di Kaabah yang terkenal. Tiga beradik dari Bani Qahtan, al-Haris, Malik dan Yasir turut berada dalam kafilah tersebut. Mereka tiada niat untuk berdagang tetapi mahu mencari seorang saudara yang hilang. Jauh di sudut hati mereka berharap untuk bertemu saudara yang hilang itu di Mekah kerana kota itu terkenal sebagai tempat pertemuan semua kaum Arab.

Kedatangan kafilah dagang itu disambut meriah oleh penduduk Quraisy Mekah. Tiga beradik itu pun berpisah dari kafilah. Mereka meneroka seluruh kota Mekah untuk mencari saudara yang hilang. Yasir yang tajam pengamatan terpesona dengan kemakmuran Mekah. Saudara yang dicari tidak ditemui, sebaliknya dia mengambil keputusan untuk menetap di sana. Berpisahlah anak muda itu daripada dua orang saudaranya apabila mereka mengambil keputusan untuk balik semula ke Yaman.

Yasir sebatang kara di Mekah. Corak masyarakat Mekah yang mengamalkan gaya hidup kesukuan begitu mencabar bagi anak dagang sepertinya. Di Tanah Arab ketika itu, hanya yang kuat mendapat tempat dan yang miskin akan dihambai. Yasir terpaksa meminta perlindungan daripada suku Bani Makhzum dan hidup di bawah naungan orang kaya, Abu Huzaifah al-Mughirah.

Lama hidup bertuankan Abu Huzaifah, Yasir dikahwinkan dengan seorang hamba perempuan milik tuannya itu, bernama Sumayyah Khayyat. Pasangan ini hidup bahagia dan beroleh dua cahaya mata lelaki, Ammar dan Ubaidillah. Masa berlalu. Usia anak-anak menginjak dewasa. Pasangan Yasir dan Sumayyah juga semakin tua.

Ketika inilah Islam menampakkan sinar di kota Mekah. Agama yang dibawa oleh al-Amin Muhammad s.a.w ini menarik perhatian seluruh isi kota. Bagi masyarakat bangsawan Quraisy yang menyembah Lata dan Uzza (nama berhala sembahan), kemunculan agama baru adalah pengkhianatan kepada tradisi nenek moyang. Namun bagi masyarakat kelas bawahan, Islam adalah dimensi baru bagi mereka kerana agama itu antaranya, menyeru kepada mengesakan Yang Satu dan menolak perbezaan kelas.

Ammar antara orang yang tertarik kepada ajaran itu. Dia mengumpul banyak pemikiran baru mengenai agama yang menjadi bualan ramai di kota. Perasaan ingin tahu menarik pemuda itu ke rumah al-Arqam, yang menjadi markas Rasulullah menyampaikan dakwah. Dia mengetepikan rasa bimbang jika langkahnya dijejaki oleh orang Quraisy. Ajaran Rasulullah benar-benar berkesan dan sebaik-baik melangkah keluar dari rumah al-Arqam, Ammar sudah menjadi seorang muslim!

Pemuda itu kembali ke rumah dengan dada lapang. Dia menceritakan kepada ibu bapanya mengenai pengalaman hebatnya itu. Dia berdakwah pula kepada mereka mengenai erti Islam dan mengajak orang tua itu mengikut jejak langkahnya. Akhirnya Yasir dan Sumayyah bersetuju dan kedua-duanya memeluk Islam.

Bermulalah lembaran baru dalam hidup Yasir dan Sumayyah. Sumayyah adalah orang ketujuh yang memeluk Islam. Berada dalam naungan Islam, dia merasakan kelazatan iman dan kekuatan pegangan. Mereka sekeluarga sedar risiko jika hal itu diketahui oleh suku Bani Makhzum. Tetapi mereka tidak takut, sebaliknya terang-terangan mengumumkan pengislaman mereka. 

Suku Bani Makhzum menerima berita itu dengan perasaan terperanjat dan marah. Sumayyah sekeluarga ditangkap dan diseksa. Mereka dijemur di padang pasir yang panas menyengat. Sumayyah diletakkan batu besar di dadanya. Dia dipaksa supaya keluar dari Islam dengan segera. Tetapi wanita itu tidak berganjak daripada keputusannya. Sebaliknya bibirnya teguh melafazkan kata-kata, “ahad, ahad, ahad...” (bermaksud Allah Yang Satu).

Rasulullah sendiri pernah melintasi tempat Sumayyah sekeluarga diseksa. Baginda begitu bersimpati. Ramai juga kalangan orang kota yang bersimpati tetapi mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana sudah diancam oleh suku Bani Makhzum. Tetapi Rasulullah selalu meniupkan semangat Sumayyah sekeluarga dengan berkata, “Bersabarlah wahai keluarga Yasir. Sesungguhnya janji kamu nanti adalah di syurga.” 

Sumayyah mendengar seruan Rasulullah. Imannya semakin kuat dan yakin. Kewibawaannya terserlah. Dengan yakin dia membalas, “Aku bersaksi bahawa engkau adalah pesuruh Allah dan aku bersaksi bahawa janjimu benar.” 

Namun Sumayyah hanya seorang wanita. Dalam usianya yang semakin lanjut, kekuatan tubuhnya tidak sekuat mana. Bagaimanapun ketabahannya untuk terus bertahan di tengah panas itu mengagumkan ramai orang. Sekali gus hal ini mencabar kesombongan suku Bani Makhzum. Menjadikan mereka lebih sakit hati dan benci.

Abu Jahal datang menunjukkan wajah angkuhnya di hadapan Sumayyah. Wanita tua itu dipujuk supaya menyerah kalah. Tetapi Sumayyah walaupun dalam tubuh yang tidak bermaya enggan berganjak daripada keputusannya. “Ahad, ahad, ahad...” kalimah itu terus meniti di bibir Sumayyah.

Ungkapan itu melukakan ego Abu Jahal dan menaikkan keberangannya. Dia hilang sabar lalu mencabut pedang bengkoknya dan menikam bahagian pangkal hati Sumayyah. Di situ juga Sumayyah terkorban. Dia menjadi orang pertama yang mati syahid pada zaman sebelum hijrah ketika agama Islam belum mendapat tempat di kalangan masyarakat Mekah. Selain itu, suaminya Yasir juga terkorban.
Penderitaan Sumayyah dikenang seluruh masyarakat Islam. Dia dianggap simbol pengorbanan orang Islam yang tidak gentar kepada ugutan dan kematian kerana menegakkan Islam. Hari demi hari, Islam semakin diterima ramai. Penghijrahan orang Islam ke Yathrib (Madinah) membuka era baru dalam dakwah Rasulullah. Umat Islam semakin kuat dan dalam Perang Badar, pembunuh Sumayyah iaitu Abu Jahal menemui maut. Rasulullah menemui Ammar dan berkata kepada anak muda itu, “Allah telah membunuh si pembunuh ibumu...” Ammar sebak tetapi dia tahu ibunya pasti selamat di syurga.
*************************************

Tajuk: Sumayyah 

Album: Jalan Bahagia
Kumpulan: Hijjaz 

Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasad-mu milik tuan Tetapi hati-mu milik Tuhan
Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah 
Sabarlah keluarga Yasir
Bagi-mu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam Jasad-mu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah
Darah-Mu menjadi sumbu pelita iman 
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian 
Mengoncang dunia mencipta sejarah
Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik Sebaik manusia
Nama-mu tetap menjadi sejarah