Monday, 24 December 2012

Isu ucap merry christmas dari Ustaz Azhar Idrus

Jawapan yang dikumpulkan untuk bacaan semua..

Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian, tapi kenapa ramai yang sungguh-sungguh tanya pasal Christmas ni? seolah-olah Kristian yang ada kat Malaysia ini bukan 9.1%, tapi 91.0% pula.

-Tulah, tak sibuk nak ucap yg Nabi saw suruh ucap..doa dan zikir banyak lagi yang tak reti.

Soalan 2 : Betul dok ni?Jangan Ucap Merry christmas!! Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap “Merry Christmas” anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempunyai anak..

-Dah larang sokmo tapi jenis melayu ni degil..

Soalan 3 : Apa hukum kalau pergi ke rumah orang yang buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?

-Harus cuma jangan buat amalan-amalan berkait agama mereka..

Soalan 4 : 1. Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan-rakan yg menyambutnya? 2. Sekiranya, rakan2 (drpd sabah sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dalam jamuan tersebut?

-1. Ucap tahniah sahaja..jgn ucap merry atau selamat..
2. Boleh jika rakan kerja atau jiran sebelah..jangan ucap atau buat apa-apa yg berkait dgn agama..sekadar hadir menjamah jamuan yg halal sahaja…

Soalan 5 : Mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? Orang non muslim ni dah tau dah kita tak leh ucapkan merry christmas, so diaorang pun tak ucaplah selamat hari raya, jadi mana keharmonian dekat situ? Nabi sendiri pun bila didatangi tetamu/raja non muslim..baginda layan elok-elok.

- Boleh ucap dengan lafaz, tahniah sahaja..jangan ucapkan dgn lafaz salam..kalau kafir tak mahu ucap selamat hari raya tak jadi masalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya..zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir tak ucap selamat hari raya..harmoni bkn dgn saling ucap selamat hari raya, harmoni ialah dgn ditegakkan hukum dan perintah agama dimana saja kita berada..

Soalan 6 : Perayaan2 etnik terbesar diMalaysia seperti krismas, deepavali, raya cina dll..setakat mana umat Islam dpt merayakannya?

-Harus hadir ke rumah kafir pd hari-hari raya mereka dgn tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka..

Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain mcm contoh Krismas or Tahun Baru Cina?

-Tak boleh sambut..yg boleh ialah ziarah rumah jiran yg kafir pada hari raya mereka sahaja..

Soalan 8 : Rumah terbuka sempena christmas..

-Sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari-hari raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yang batil..Kitab Bahrulmmazi.

Friday, 21 December 2012

Potong Kuku Ikut Sunnah


Sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kukuyang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untukkesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punhanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah.

Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalamnajis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilangwalaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalahberkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Initak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudahbernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakaicincin pakailah di jari
1] jari manis2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU…INSYA’ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH….
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))
wallahu a’lam.


Saturday, 1 December 2012

6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lainmenyatakan 124, 000 sayap). 

Setelah itu, Jibrail as memandang dirinya sendiridan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yangbermaksud.. "Tidak"


Kemudian Jibrail as berdiri sertasolat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.



Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "YaTuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermak!sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilahJibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh.


dari beberapa perpuluhan yang telahKu berikan kepada umat Muhammad terhadap

imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.