Wednesday, 30 May 2012

BEST FRIEND


ALLAH aturkan antara kita 1 pertemuan...
  • Dalam 1 pertemuan kehadiran 2 hati... awak & saya....
  • Dalam 2 hati ALLAH berikan 3 rasa... sayang, kasih & cinta...
  • Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan... berkenalan, berteman, berkawan & bertemu/bersama...
  • Dalam 4 tujuan itu tersembunyi 5 perkataan... teman baik selalu di sisi...
  • Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian... sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai, & mengingati...
  • Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf... SAHABAT
"Selemah-lemah manusia, ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari." Saidina Ali

p/s : Hargailah sahabat anda...!

Tuesday, 29 May 2012

RAHSIA HATI SEORANG SUAMI





Suatu ketika saya pernah menyaksikan seorang isteri menghadapi nazak kematian .Ia sungguh menginsafkan dan keadaan nazaknya itu menghampiri 12 jam lamanya. Pelbagai ikhtiar dan jln dilakukan utk meringankannya . Iaitu spy mudah roh keluar dari jasadnya. Bacaan al-Quran silih berganti dari kaum keluarga & tetamu yg datang.

Selepas solat hajat memohon petunjuk Allah swt, saya membisikkan pada anaknya supaya dipanggil bapanya. Saya nyatakan secara perlahan, supaya dia (suami) wanita yg nazak itu menyatakan di telinga isterinya bhw " saya redha ke atasnya dan menghalalkanya dunia dan akhirat sbg seorg isteri ". Alhamdulillah, dengan seketika itu , isterinya memandang ke wajah suaminya dan terus menghembuskan nafas yg terakhir.

Begitulah...saya mengingatkan diri sdri dan wanita di luar sana, bhw " syurga seorang isteri itu di bawak telapak kaki suaminya ". Bukan soal status, taraf, rupa-paras tetapi nilai seorang wanita di sisi Allah swt adalah tergantung kpd redha seorang suami.

Bersabda Rasulullah saw. "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Wanita Nak Masuk Syurga ?

SANGAT MUDAH...!






1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Monday, 28 May 2012

DAHULUKAN CINTA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA





Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh


Saudara dan saudariku yang sedang memburu cintaNya
Petama-tama marilah kita semua bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala atas segala limpahan nikmat dan karunianya kepada kita semua Yakni kesyukuran dalam bentuk keTaqwaan kita kepada Allah yakni dengan mengerjakan segala yang di perintahNya dan berusaha semaksimal mungkin untuk menjauhkan diri dari segala bentuk perkara yang dilarangNya semogalah dengan usaha itu menjadi bukti cinta kita kepada-Nya ,semogalah kita semua dapat bersenang-senang hidup di dunia ini dan terselamat dipengadilan Allah dialam akhirat atas dasar ketaqwaan dan rasa cinta kepada-Nya

Saudaraku sekalian Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya melebihi cinta pada sesama. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata kerana mencintai-Nya. firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala :

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah”. (surah al-Baqarah : Ayat 165).


Ibnu Qayyim al-Jauziah berkata :
“Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” (Ibnu Qayyim al-Jauziah).

Saudara dan saudariku selain rasa cinta kita kepada Allah melebihi segala-galanya maka Rasullullah juga berhak untuk di cintai Sabda Rasulullah yang berbunyi ”uhibbullahuu liimaa yagduukuum min niamiihii waa ahibbuunii li hubbillahi iyyayaa"

Yang bermaksud ”Cintailah Allah kerena limpahan karuniaNya kepada kalian dan cintailah saya kerena saya di Cintai oleh Allah"

Dalam hal menyintai diri sendiri dan ahli keluarga diriwayatkan bahwa pernah Umar ibnu Khattab RA bertanya kepada Rasulullah, Yaa Rasulullah sesungguhnya Saya menyintaiMu lebih dari segala-galanya selain dari pada menyintai Allah Dan diri saya sendiri, Mendengar itu Rasullullah bersabda :YAA UMAR LAA YU’MIINUU AHADUUKUM HATTA AKUNAA AHABBAH ILAIHII MIN NAFSII” Yang antinya,Haii Umar belumlah beriman seseorang yang belum menyintai saya dari pada diri mereka sendiri,Mendengar sabda Rasul tadi terus Umar berkata “FAANTA ANA AHABBUU ILAYYA MIN NAFSII” Ya Rasullullah kini saya lebih menyintaimu dari pada diriku sendiri, maka Rasululah bersabda barulah sempurna imanmu wahai Umar" 

Dan di lain riwayat pernah seorang sahabat bertanya kepada Rasulluh tentang waktu tibanya hari Qiyamat,,maka Rasulullah bertanya kembali “MAA ADDADTU LAAHAA”apakah persiapan dan bekalmu,,sahabat menjawab “MAA ADDADTU LAHAA MINSYAIIN INNANII UHIBBULLAHUU WARASULAHU” saya tidak ada persiapan dan apa-apa bekalan selain rasa cinta saya kepada Allah Dan RasulNya,,terus nabi menjawab “ANTAA MA’AA MAN AHBABTAA” Anda akan beserta yg anda cintai...


Mendengar jawaban Rasul tadi maka sahabat tersebut semakin meningkatkan kecintaan kepada Allah Dan RasulNya,,bahkan dia sanggup lakukan apa saja perbuatan yang terpuji demi rasa cintanya kepada Allah Dan RasulNya,,bahkan sanggup mengorbankan diri dan segalanya demi cintanya kepada Allah Dan RasulNya

Firman Allah Yang bermaksud :
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; (Al-Baqarah 2:207) 

Saudaraku demikian sikit contoh sifat-sifat dan pengorbanan para sahabat zaman generasi Rasulullah sehingga memegang record paling tinggi dalam keimanan dan kecintaan kepada Allah dan RasulNya,,sampailah sekarang ini belum lagi ada yang dapat menyamai dan memecahkan record keimanan dan kecintaannya.

Saudara dan saudariku yang memburu cintaNya
Kita sebagai hamba Allah SWT dan umat Muhammad, kita tidak di larang untuk menyintai siapapun,sebab Cinta itu adalah fitrah dan naluri manusia, malahan kita di anjurkan untuk saling menyintai Alla ,menyintai keluarga ,kaum kerabat, menyintai saudara dan saudari kita sesama hamba Allah sebab kecintaan seperti itu adalah bukti keimanan seseorang kepada Allah dan melayakkan diri seseorang masuk surga 

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
“Kalian tidak akan masuk surga sampai kalian beriman, dan kalian tidak akan beriman sampai kalian saling mencintai. ” (HR. Muslim)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
“Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit”. (Riwayat Tabrani).


Sahabatku Walaupun cinta itu Naluri dan dianjurkan oleh Islam maka kita mesti menjaga batasanya sehingga tidak bertentangan dgn ajaran Allah Dan rasulNya, Contoh misalnya,kita cinta kepada keluarga anak2 istri dan lainnya,,atas kecintaan kita kepadanya kita memaksakan diri memenuhi segala keperluan dan kebutuhannya yang berlebihan sehingga karena cinta anak2, istri,ahli keluarga itu memaksa diri kita memenuhi keperluannya dengan melakukan sesuatu yang di larang oleh Allah. 

Seperti contoh disebabkan anak dan istri kita sanggup mencuri,menipu dsb,,bukankah cinta yang sedemikian itu adalah cinta yang tidak kekal dan akan pudar dalam masa waktu yang sangat singkat,,akan tetapi cinta yang kekal dan abadi dan tidak akan pudar buat selama2nya ialah cinta kita kepada Allah dan RasulNya.

Oleh sbb itu islam memberi bimbingan dan pengajaran kepada kita semua agar kita dapat menentukan arah dan tujuan cinta kita yg di ridhoi oleh Allah SWT dan dengan ke cintaan itu insyah Allah kita akan hidup berbahagia di dunia ini dan terselamat di pengadilan allah SWT di akhirat kelak Amiin ya Rabbal Alamiin 

Saudara dan saudariku yang dikasih Allah 
Sebagai penutup Marilah kita merenung perkara kecintaan ini sebagai penyempurna bagi seseorang insan sehingga dapat merasakan lazat dan manisnya keimanan 

Anas r.a.meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda
”TSALATSATUUN MANKUNNA FIIHII WAJADILHUM JALAAWAATAA LIL IMAAN”artinya,,
barang siapa yang telah memiliki 3 perkara pokok maka ia akan dapat merasakan nikmat,lazat dan cita rasa Iman.


1)MANKAANALLAHU WARASUULAHUU AHABBA ILAIHII MIMMAA SIWAAHUUMAA,,
(Menyintai Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya.)

2) WAA MAN AHABBA ABDAAN LAA YUHIBBUHUU ILLALLAHUU,
(dan mencintai seseorang (sesuatu) tiada lain hanya kerana Allah)

3) WAA MAYYAKRAHUU AYYAAUDA ILAL KUFRII BA’DA MAA ANQAZAHULLAH,
dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)

Saudara dan saudariku yang dikasihi Allah
Orang menyintai sesuatu tentu banyak menyebut2 namanya,menyintai uang tentu selalu bercerita tentang duit,menyintai pekerjaan tentu akan selalu sibuk dengan pekerjaannya,,menyintai dunia tentu akan selalu tentu akan sentiasa bercerita tentang keindahan dunia dengan segala perhiasannya lalu abaikan tipu dayanya

Jadi menyintai Allah tentu banyak menyebut nama Allah dgn melaksakan perintah dan menjauhi laranganNya,menyintai rasul tentu banyak berselawat kepada Rasulullah dan mengikuti sunah-sunnahnya ,menyintai Allah dan RasulNya sudah pasti kita suka melaksanakan perintah Allah dan sunnah Rasul dan akan menjauhkan diri dari segala perkara yang di murkai Allah dan di benci RasulNYa. sehingga dengan kecintaan itu kita semua tetap bersama Allah di dunia dan ber sama-sama Allah Dan RasulNya di alam Akhirat Amin ya Rabbal Alamiin,,

SELAMAT BERAMAL SEMOGA ADA MANFAAT BUAT KITA SEMUA SALAM MAHABBAH

Saturday, 26 May 2012

Hari Guru ( 16 Mei 2012 )

Setiap tahun 16 Mei, kita akan menyambut hari guru... sekolah saya pon sambut juga...
Majlis dimulakan dengan aktiviti di padang.... ada mcm2 aktiviti... aktiviti kat padang dan kat dewan...
sebelum memulakan majlis, semua murid kene berkumpulan di tapak perhimpunan



pengacara majlis


Nyanyi Lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Sembilan, Lagu Sekolah dan bacaan Asmaul-Husna.

lepas tu baru pergi padang.... ada 7 acara.... 





ni acara sentuhan adat membawa berkat



ni pulak acara golek-golek sayang


ni kumpulan hitam



ni kumpulan merah


ni kumpulan pink




acara selayang pandang
#cikgu Azizi cantik payung tu hehehe#



ni acara semakin jauh semakin sayang


acara wajah kesayangan hamba
#ustaz jangan lompat tinggi-tinggi#



acara ke hujung dunia ku bawa kau pergi



acara terakhir kerana dirimu begitu berharga

lepas acara padang ada acara dalam dewan pulak... semua kelas wajib buat persembahan...



ni persembahan 1 Ibnu Sina






ni persembahan tingkatan 4 Ibnu Sina
#Idzwan cantik bunga tu, nak bagi sape?#

sori sbb dapat ambik gambar 2 kelas ni je .... =>

lps persembahan ada majlis penyampaian hadiah....


juri sedang berbincang



guru garang tapi penyayang


guru paling kacak


guru paling lawak
#cikgu Azhar mmng suke buat lawak dlm kelas#


guru sifat kebapaan


guru sifat keibuaan


guru paling menawan


guru paling semangat

guru berjiwa besar

lepas tu cikgu-cikgu tukar-tukar hadiah mereka...


Ustazah Faizah dan Ustaz Noruddin


Sensei Liza dan Cikgu Zainuddin


Teacher Aimi dan Ustazah Faizah


Cikgu Idzehan dan Ustazah Norazah


Cikgu Rasida dan Ustazah Syarifah

lepas tu cikgu-cikgu akan menyanyi pulak...




#Ustaz Noruddin dpt bunga!#

best sangat hari guru thn ni... mcm2 aktiviti diadakan.... hrp2 thn dpn lgi best... insyaallah kalau dipnjngkn umur lgi.... =>






Thursday, 17 May 2012

SAJAK GURU OH GURU : USMAN AWANG 1979



Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.





P/S : jasa guru tiada tandingannya.... hargailah guru anda... tanpa mereka siapalah kita... =>

Saturday, 12 May 2012

PETUA


  • CARA NAK HILANGKAN PANAU
Ambil secekak daun kesum... kesum tau! Lepas itu, campur dengan minyak tanah. Gosok kat   bahagian kulit yang berpanau.

  • CARA NAK KUKU LICIN
Perah 3 biji limau nipis, pastu campurkan dengan air biasa sikit... air biasa tau! Rendamkan jari tangan ke dalamnya selam 15 minit. Kemudian, ambik belimbing buluh dan gosokkan pada kuku. Last sekali, bilas dengan air bersih. Hasilnya kuku lebih bersih dan berkilat...!

  • CARA NAK MEMUTIHKAN DAN MENGUATKAN GIGI
Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Lepas itu, tambah sikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.

Friday, 4 May 2012

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam.



1. Dua rakaat solat wanita yg hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yg hamil mendapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yg bersalin mendapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah memberi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia pada masa 40 hari selepas bersalin, semasa bersalin, ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yg beri minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yg diberikannya.

6. Wanita yg memberi minum susu badan kepada anaknya yg menangis maka Allah memberi pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Jika wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yg menghabiskan masa malamnya dengan tidur yg tidak selesa kerana menjaga anaknya yg sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yg sakit akan di ampunkan oleh Allah dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah menberi 12 tahun pahala ibadat.

15 Anugerah Perempuan Yang Allah Berikan



1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka: "Tidak."

Sabda Baginda: "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki."


2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.



4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”



6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”


7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”



11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” 

Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.