Tuesday, 29 May 2012

RAHSIA HATI SEORANG SUAMI





Suatu ketika saya pernah menyaksikan seorang isteri menghadapi nazak kematian .Ia sungguh menginsafkan dan keadaan nazaknya itu menghampiri 12 jam lamanya. Pelbagai ikhtiar dan jln dilakukan utk meringankannya . Iaitu spy mudah roh keluar dari jasadnya. Bacaan al-Quran silih berganti dari kaum keluarga & tetamu yg datang.

Selepas solat hajat memohon petunjuk Allah swt, saya membisikkan pada anaknya supaya dipanggil bapanya. Saya nyatakan secara perlahan, supaya dia (suami) wanita yg nazak itu menyatakan di telinga isterinya bhw " saya redha ke atasnya dan menghalalkanya dunia dan akhirat sbg seorg isteri ". Alhamdulillah, dengan seketika itu , isterinya memandang ke wajah suaminya dan terus menghembuskan nafas yg terakhir.

Begitulah...saya mengingatkan diri sdri dan wanita di luar sana, bhw " syurga seorang isteri itu di bawak telapak kaki suaminya ". Bukan soal status, taraf, rupa-paras tetapi nilai seorang wanita di sisi Allah swt adalah tergantung kpd redha seorang suami.

Bersabda Rasulullah saw. "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

No comments:

Post a Comment