Monday, 30 July 2012

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh


  1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan jeans dengan seluar slack longgar. 
  2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar iaitu diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariah.
  3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambahkan input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
  4. Bersungguh-sungguh memperbaiki abadat-ibadat asas seperti solat, puasa. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat-sahabat yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online.
  5. Perbanyakkan membaca Al-Quran & mentaddabur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan Al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
  6. Apabila hati semakin kuat , semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat ( berhijrah lillahi Taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah dengan memakai baju yang menutupi peha. Paling popular, T-shirt Muslimah .
  7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
  8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula Tudung Mesir/Turki/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini biasanya labuh mencecah siku & menutupi punggung. 
  9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikan dengan istiqamah (berterusan). Iman dipertingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. InsyaAllah.
  10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Mesir/Turki bidang 60 sebelum istiqamah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta menggantikannya dengan memakai kain. Memakai T-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. malah lebih manis dipandang.
WALLAHUALAM.



No comments:

Post a Comment